Dalam bidang sains komputer
sistem pengendalian atau
sistem operasi ialah sekumpulan atur cara komputeryang menguruskan sumber Perkakasan komputerperkakasan dan Perisian komputer|perisian]] bagi sesebuah komputer. Ia memproses sistem mentah dan input pengguna lalu membalas dengan memperuntukkan serta menguruskan tugas dan sumber sistem dalaman sebagai suatu perkhidmatan kepada para pengguna dan atur cara sistem. Pada asasnya, sesebuah sistem pengendalian akan melakukan tugas asas yang berikut:Kebanyakan sistem pengendalian membekalkan
atur cara penggunaan yang menawarkan
antara muka kepada sumber yang diuruskan oleh sistem pengendalian.
Atur cara penggunaan ini mempunyai
pentafsir garis perintah sebagai
antara muka pengguna asas tetapi sejak pertengahan dekad
1980-an, ia telah digantikan dengan
antara muka pengguna grafik (GUI) untuk memudahkan pengendalian. Sistem pengendalian pada dirinya tidak mempunyai sebarang antara muka pengguna kerana penggunanya ialah
atur cara penggunaan dan bukan manusia. Sistem pengendalian ialah pelantar untuk
perisian sistem yang lain dan juga untuk
perisian penggunaan. Antara sistem pengendalian yang paling popular ialah
Microsoft Windows,
Linux, dan
Mac OS. Microsoft Windows menguasai
bahagian pasaran yang terbesar dalam pasaran
komputer meja dan
komputer riba, manakala
pelayan sesawang biasanya menggunakan Linux atau sistem
ala UNIX yang lain.
[1] [2] UNIX juga banyak digunakan di institusi akademik. Disebabkan ia percuma dan bebas, Linux kini telah mula mendapat tempat di sebahagian syarikat yang dulunnya menggunakan Windows.Pasaran
komputer kerangka utama dan
komputer terbenam pula terbahagi kepada sebilangan sistem pengendalian, dengan sesetengahnya tidak berkaitan langsung dengan keluarga Windows atau Unix.